Friday, May 21, 2010
Ali Yang Mengamuk
Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni
Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup
aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada
sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali
(nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai
la yang pandang serong kat dia. Ramai
la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....
Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow
dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang
Jumaat, Ali ni pun nak balik
la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok
selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun
takder jugak. Ape lagi...
mengamuk la Ali kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu
dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik
korang pulangkan cepat !!!! "
Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..
dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali
tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. "
Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..
aku akan buat
macammana yang bapak aku buat tau !!!"
Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik
la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak
telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat.
Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ
menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak
buat apa? Apa yang
bapak engko lakukan?"
Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali
pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun
terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.
ehee....cite kelakar ...nntkan byk lg..wakakaka...hadoy...=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment