Di kala aku tejage dari tidurku..melihat keliling..gelap gelita ...tanpa cahaya...tanpa arah...Tatkala aku mencari arah dan terlihat cahaya di suatu lorong...tertanya-tanya lg aku dimana aku..kenapakah aku disini??Hatiku x tenteram selagi tidak tahu dimana aku..
Sehingga saatnya aku masih tercari2..dan menuju ke lorong bercahaya itu..kemudian bertemu dgn 1 makhluk..aku xpasti raut wajahnya....cuma yg aku ingat dia hanya makhluk yang persis manusia...hatiku tenang bertemu dgnnya...Belum sempat aku bersuara ,makhluk tersebut trus berkata,"Wahai Nabila,tertanya2 engkau dimanakah engkau berada.Dan ini tibalah giliran engkau salah seorang HambaNya kubawa datang menghadapNya"...
Tatkala itu,aku trus berlari menangis tercari2 arah keluar..."Adakah aku sudah tiada di dunia??di alam itu kah aku??",aku masih menangis..Dan saat aku masih tercari2...Aku hanya terjumpa lorong yg sama seperti lorong tadi.."ahh tidak!!" masih bertemu dgn makhluk tersebut...Aku xberdaya keluar dari situ...
Dan kemudiannya...Makhluk itu berkata,"Engkau xperlu tercari2 jalan keluar kerana aku akan tunjukkan engkau jalan keluar untuk engkau bertemu dengan keluarga dan sahabat handai..kerana selepas itu engkau tidak berpeluang lagi dan sebentar lagi segala amalan baik dan burukmu akan kuhitung"..Hatiku menangis teresak2...apakah segala bekalan ku cukup untuk aku terselamat dari seksaNYA.??..
Dan saat aku masih menangis..makhluk itu menyerahkan 1 buku catatan...Aku meyelak halamannya satu persatu..ada 3 kolum...aku tidak memahami kenapa ada kolum yg mempunyai catatan nombor..1 kolum nombornya tercatat dgn warna merah dan 1 lgi kolum yg tercatat warna hitam...Aku terus bertanya apakah maksudnya nombor yg berwarna hitam dan merah itu..
Makhluk itu terus menerangkan segalanya,"nombor yg tercatat berwarna hitam itu adalah nombor ganjaran atas kebaikan yg engkau lakukan di atas mka bumi,dan nombor berwarna merah adalah balasan atas kejahatan atau keburukan yg engkau lakukan,dan ingatlah..setiap 1 pon tidak tertinggal dari catatan itu, Jika dihitung semua nombor berwarna hitam dan jumlahnya melebihi jumlah hitungan nombor berwarna merah,maka engkau terselamat dari seksanya dan engkau boleh kembali kedunia bersama keluarga dan sahabat handai..Jika sebaliknya..engkau akan terima habuan engkau"..
Aku masih menyelak buku itu dan hanya diam..setiap kali kulihat catatan berwarna merah yg berderet di satu2 halaman itu aku menangis..Dimana catatan berwarna hitam??..begitu sedikit...Aku terlalu leka semasa didunia...Kalaulah aku masih boleh kembali mengumpul catatan berwarna hitam..huhu..hatiku menangis lagi...Aku xsanggup lagi menyelak halaman buku tersebut sehingga kehalaman terakhir..Aku terus memberikan kpd makhluk tersebut
"Tolongla bawa aku keluar dari sini,aku ingin bertemu dgn keluargaku",pinta aku kepada makhluk tersebut.."Baiklah,aku akan bawa engkau keluar dari sini,dan kuberi masa utk engkau bertemu mereka tetapi ingatlah,masamu hanya sebentar kerana selepas itu aku akan dtg semula menjemputmu"
Ku pejamkan mata,dan pabila ku buka aku berada di kamarku,masih seperti dulu..aku dapat merasa empuknya ia..aku masih boleh terbau2 harumnya masakan ibuku...ya!!masih...ketika itu aku tersenyum dan keluar dari bilik...ibuku memanggil ku..senangnya hatiku mereka masih dapat melihat ku...
Aku bertemu mereka,seluruh keluargaku..adakah org yg sudah tiada masih boleh bertemu dgn keluarga sepertiku??pada mulanya aku fikirkan aku sudah terlepas dari seksaan dan boleh bertemu dgn keluarga dan sahabat handai seperti biasa..Sehingga lah saatnya pabila kakakku mengajakku utk bergambar bersama-sama..
"Apa yg terjadi kakak????",aku bertanya sejurus melihat raut wajah kakakku berubah serta merta menjadi merah seperti org terkejut melihat foto di telefon bimbitnya.Dan ketika itu,aku terus pergi kearahnya dan mengambil telefon bimbit tersebut.Alangkah terkejutnya kau melihat foto yg hanya ada wajah kakakku didalamnya..Wajahku xdpat dikenalpasti oleh telefon bimbit??ahhhh tidakkkkkkkkkk!!!
Ketika itu,akak ku memanggil ibuku..ibuku masuk ke kamar dan bertanya..apakah yg telah terjadi??aku hanya duduk dan menangis...betullah kata makhluk itu aku sudah tiada di mka bumi ini..Pabila ku teringatkan masaku hanya sebentar utk bertemu keluarga,aku terus memberitahu ibu dan kakakku."Mak dan kakak,sya sudah tiada lagi didunia ini,tolong doakan saya disana wahai mak dan kakak.beritahulah pada semua bahawa catatan baik dan buruk itu mmg benar,tidak ade 1 pon yg akan tertinggal,sesungguhnya aku akan terima balasanku sebentar shaja lg"
Sejurus mendengar penjelasanku,mereka terus berpelukan sementara aku sudahpun ditunggu oleh makhluk itu utk membawa ku pergi menghadapNYA..Pabila ku pandang makhluk itu,suasana rumahku tidak lgi kelihatan...Aku hanya mampu menangis..tiada siapa dapat membantuku lagi...hanya aku seorang diri,menunggu balasan dariNYA...
Aku hanya melihat setiap amalanku dihitung satu persatu...tdak tahu apakah keputusanNYA,hanya berdoa mendapat keampunan dariNYA..-TAMAT-
cerita ini adalah bkn rekaan tapi inilah yg aku dpt dlm mimpi aku..aku xdapat lupa mimpi ni...aku harap aku masih punya waktu utk berubah...-AMIN-
2 comments:
mmpi adalah 1 permainan tdur yg suma org akan alami..
the moral of story, if something good dat u can get from dat dream just take it n hopefully we will be a better person from da story/ dream...
Allah is always right beside u..
huhu..ok...i'll take da good thing from ma dream...huhu..=)
Post a Comment